Minggu lepas Rina dan Cik Ita telah berprogram bersama syarikat Yapeim yang cawagannya di Kuala Terengganu..tapi agak letih rasanya, bila tiba di KT kami terus bergegas untuk memulakan program..
Walaupun diri kami dalam keaadaan yang agak letih tapi kami kuatkan semangat untuk memulakan sessi dengan memperkenalkan diri kepada peserta dan sebaliknya. Tapi yang sangat mengelikan hati ialah ada juga yang pandai berseloroh..
Rina mulakan dengan perkenalan dan diikuti dengan peserta, apa yang peserta perlu buat adalah perkenalkan diri, dari cawangan mana dan warna kegemaran..bila tiba giliran peserta wanita rina perasan yang dia mengandung jadi pada yang "membawa budak" wanita tersebut tidak perlu membuat aktiviti..
Bila tiba pada salah seorang peserta lelaki..dia memperkenalkan diri..dari cawangan ..dan warna kegemaran...kemudian dia berkata...Puan saya tidak boleh buat aktiviti !! Rina pun dengan perasaan kesian pun bertanya ..betulkan Tuan tidak boleh melakukan ativiti..tetiba terdengar suara " Puan memang dia tak boleh buat aktiviti Puan sebab dia mengandung hihihihihiiii..maka berderailah gelak ketawa dari para peserta..:) :) :)
Program Setiausaha Super Transformasi 360..bersama Setiausaha-Setiausaha Cantik dan Hebat 💪🏻 Alhamdullilah selesai sudah perkongsian, moga mereka semua diberi kebahagian dan berjaya dalam apa jua rintangan dan cabaran yang ditempohi. Setiap dari kita mempunyai potensi dalam diri..cuba cungkil dan selami diri kita..dan setiap dari kita mempunyai kehebatan yang tersendiri..cabar diri dan lakukan yang terbaik dari yang terbaik..ANDA PASTI BOLEH! YAKIN BOLEH! 💪🏻 # rinabaha # pelatihprofesional # perundingimejmalaysia # setiausahasuper
Comments
Post a Comment